Sunday, 16 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-12

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk mencari cara-cara bagaimana untuk menghasilkan bahan paparan atau persembahan yang menarik dan berkesan dengan menggunakan CASPER dan GUI.

CASPER

                                 

    

CASPER adalah satu teknik yang digunakan semasa membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat menarik minat orang ramai terhadap penyampaian persembahan atau paparan yang disediakan. CASPER adalah satu perkataan akronim yang menggabungkan perkataan contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

                                              
                                                   


1. CONTRAST ( perbezaan yang ketara )

Kontra digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara dua objek yang berlainan seperti memilih warna yang kontra (warna gelap dan warna terang).

Kontra juga boleh dibuat dengan pelbagai cara lain. Antaranya ialah :-
  • Font besar dan font kecil
  • Font berlainan muka taip
  • Garis halus dan garis kasar
  • Warna sejuk dan warna hangat 
  • Tekstur licin dan tekstur kasar
  • Unsur mendatar dan unsur menegak 
  • Garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  • Grafik kecil dan grafik besar

2. ALIGNMENT ( susunan lurus )

  • Dalam prinsip ini, setiap objek yang hendak diletak perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. 
  • Setiap objek perlu mempunyai kaitan secara visual di antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

3.SIMPILICITY ( mudah )

  • Grafik dan animasi perlu ringkas dan pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
  • Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami

4. PROXIMITY ( berhampiran )

  • Objek yang digunakan perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara objek-objek tersebut.

5, EMPHASIS ( penekanan )

  • Pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang penting. 
  • Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan terlalu banyak elemen sampingan kerana ia boleh menyebabkan pengguna lebih tertarik kepada elemen sampingan tersebut.

6. REPETITION ( pengulangan )

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna dan penonton ialah :-

  • Saiz teks dan objek 
  • Bentuk teks dan objek 
  • Susun atur teks dan objek 
  • Warna teks, warna objek dan warna latar
  • Grafik dan animasi


GUI

                  

GUI (Graphical User Interface) merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.

               

Kelebihan GUI
  • Reka bentuk grafik yang lebih menarik
  • membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
  • memudahkan pengguna
  • menarik minat pengguna
  • resolusi gambar yang tinggi
  • memahirkan pengguna dengan cepat
  • menjimatkan masa
  • mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi 
Kekurangan GUI
  • menggunakan memori yang besar
  • bergantung kepada peranti keras 
  • memerlukan banyak tempat pada skrin komputer
  • tidak fleksibel

Tuesday, 4 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ke-11 ini, kelas kami bermula lewat sedikit kerana Puan Fariza mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Puan Fariza telah menugaskan kami untuk menyediakan satu brochure yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan masing-masing dengan menggunakan Microsoft Publisher.

Brochure adalah risalah atau cebisan pengiklanan yang lebih dikenali sebagai pamphlet. Pada kebiasaannya, brochure digunakan oleh syarikat atau organisasi untuk mempromosikan syarikat dan perkhidmatan yang disediakan. Brochure boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan ianya percuma. Pengguna hanya perlu membuka Microsoft Publisher, kemudian memilih corak dan bentuk yang diinginkan. Cara penyediaanya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.


Ini adalah contoh brochure yang telah dihasilkan oleh saya :-






Cara-Cara Untuk Menghasilkan Brochure


Masuk ke Microsoft Publisher dan Brochure

                     
                              



                              



Kemudian pilih design yang diinginkan mengikut kehendak masing-masing


                              

Selepas memilih design yang diinginkan, masukkan maklumat-maklumat penting di dalam brochure mengikut kreativiti masing-masing supaya ia kelihatan menarik. Anda juga boleh memilih bilangan muka surat yang diinginkan. Untuk menampakkan brochure anda lebih kelihatan menarik, anda boleh menukar warna brochure anda kepada warna yang lebih menarik. Banyak pilihan warna yang disediakan dalam aplikasi brochure ini.

Ini adalah contoh pilihan warna yang disediakan :-

                                             

Anda juga boleh menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan brochure jika anda tidak berminat menggunakan Microsoft Publisher. Namun, kebanyakan orang akan menggunakan Microsoft Publisher kerana ianya lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Selamat Mencuba...

Sunday, 25 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini 22 november 2012, genap sepuluh minngu pembelajaran komputer dalam pendidikan. Sudah banyak perkara baru yang telah dipelajari. Puan Fariza telah mendedahkan pelbagai ilmu komputer kepada kami semua.

Pada minggu ini kami telah didedahkan dengan MULTIMEDIA. 

Apa itu multimedia??..

Multimedia adalah kata gabungan daripada perkataan multi dan media. Multi bermaksud banyak atau pelbagai manakala Media bermaksud alat atau teknologi sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat.

Elemen Multimedia


  • Teks
  • Audio
  • Grafik
  • Animasi
  • Video

                



Teks
Teks merupakan elemen multimedia yang paling penting kerana teks adalah cara yang paling efektif dalam mengemukakan idea kepada penerima kerana cara penyampaiannya lebih mudah difahami.

Audio
Audio membuatkan multimedia lebih mudah difahami. Audio adalah bunyi dan diadaptasikan dalam bentuk percakapan, muzik dan kesan bunyi. Format audio terdiri daripada beberapa jenis :-

  • Mp3
  • MIDI
  • AAC
  • WAV


Grafik
Grafik adalah bentuk gambar di dalam multimedia untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang dijelaskan dengan kata-kata.

Animasi
Animasi merupakan suatu teknik yang menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilusi gerakan pada gambar yang ditampilkan. Perubahan seperti perubahan warna pun dapat dikatakan sebagai sebuah animasi.

Video
Video membuatkan aplikasi multimedia lebih menarik. Video dapat menerangkan perkara yang sukar difahami melalui kata-kata dan dapat menggambarkan sesuatu itu dengan lebih jelas.

Format File Untuk Grafik

BMP

  • BMP menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolusinya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz fail yang besar

JPEG
  • Kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolusinya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil
  • Menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.
  • Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file daripada JPEG kepada BMP dan sebagainya.

PNG
  • PNG adalah format gmbar yang sangat baik untuk grafik internet kerana menyokong ketelusan dalam pelayar (browser) dan mempunyai keindahan tersendiri.

Proses pembelajaran pada minggu ini lebih kepada praktikal. Kami perlu faham terlebih dahulu sebelum membuat dan barulah mencuba sendiri aplikasi yang dudedahkan. Kami didedahkan dengan penggunaan aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft Paint, Microsoft PowerPoint dan GIMP. Kami diajar oleh Puan Fariza tentang cara begaimana hendak menggunakan aplikasi tersebut.  

GIMP

GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.

Ianya digunakan untuk mewujudkan grafik, logo, resize gambar, mengubah warna, menggabungkan pelbagai gambar atau lukisan dan banyak lagi. GIMP juga boleh digunakan untuk membentuk asas lukisan yang hidup.

Untuk lebih jelas lagi, anda boleh lihat video berikut dan sesuai untuk mempelajarinya dari permulaan..


Untuk download software GIMP,,sila klik link dibawah ini..

http://www.mediafire.com/?q7h8nih3n29jw7t

SELAMAT MENCUBA...

Friday, 9 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-9

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ke-9 iaitu minggu terakhir sebelum kami semua pulang untuk cuti semesta, kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Pada minggu lepas, kami didedahkan dengan kaedah kuantitatif. Kedua-dua kaedah ini adalah berbeza.

Data kuantitatif adalah data dalam bentuk angka ataupun peratusan. Data kualitatif pula adalah data dalam bentuk penulisan ataupun ayat. Ia tidak melibatkan angka ataupun peratusan. Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.


Contoh Data Kualitatif


  • Data temubual
  • Data Observasi (pemerhatian)
  • Data Bertulis
  • Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian

Prinsip Menganalisis Data kualitatif

  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Sumber Utama Dalam Coding

  • Analisis isi kandungan 
  • Sorotan literature (hasil kajian lepas)
  • Tema yang sudah termasuk dalam soalan

Proses Menganalisis Data Kualitatif

  1. Baca data secara menyeluruh
  2. Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan
  3. Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar
  4. Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang tertinggal
  5. Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok
RAJAH POKOK

Akhir sekali masukkan semua perkara yang dibuat pada hari ini ke dalam dropbox dan yahoogroup.
Akhir kata,selamat bercuti kepada semua kawan-kawan dan selamat kembali ke UKM pada minggu hadapan. Semoga kawan-kawan dapat menikmati cuti semua dengan sepenuhnya.
Sekian, Terima Kasih.

                       
                                     

Wednesday, 7 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1 November 2012, genap 2 bulan saya berada di UKM. Pada minggu ini, pembelajaran saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan ialah tentang sistem SPSS. SPSS adalah singkatan daripada perkataan Statistical Product and Service solution. SSPS dicipta pada tahun 1998. SSPS adalah satu pakej yang memudahkan pengguna untuk menganalisa sesuatu kaji selidik secara automatik. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan output seperti carta pai, graf,histogram dan sebagainya. Oleh itu, SSPS dapat menjimatkan banyak masa pengguna.


                                                     


Saya dan rakan-rakan yang lain telah melakukan soal selidik berkenaan tajuk yang telah diberikan kepada setiap kumpulan dengan menggunakan surveymonkey. Dengan menggunakan data yang telah dianalisis oleh sistem survey monkey, Saya telah memperincikan lagi data yang telah diperoleh tersebut dengan menggunakan aplikasi SPSS. Terdapat 4 komponen aplikasi Windows semasa menggunakan aplikasi SPSS ini:-

  1. Data Editor
  2. Output Viewer
  3. Syntax Editor
  4. Script Editor

Cara-cara Menggunakan SPSS



  • Untuk membuka software SSPS, tekan 'start' dan klik pada 'all program'. Seterusnya klik SPSS Inc dan klik SPSS 16.0 dan klik 16.0 sekali lagi.






  • SSPS menyediakan 2 lembaran window iaitu 'data view' dan 'variable view'
                  
DATA VIEW

                               


Data view adalah satu jadual yang disediakan untuk kita memasukkan data kedalamnya.



VARIABLE VIEW

                                


Variable view adalah satu lembaran untuk kita membina satu kerangka data berdasarkan soalan kaji selidik kita. Ia mempunyai 6 ruang di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat.

  1. Name
  2. Type
  3. Width
  4. Decimal
  5. Label
  6. Value

Setelah selesai mengisi  data ke dalam data view, paparan keseluruhan tentang data dapat dilihat. Segala maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik. Kita boleh melihat data ini dalam pelbagai bentuk. Dengan menggunakan menu analyze yang terdapat pada toolbar,anda boleh memilih untuk mempersembahkan data anda itu dalam pelbagai bentuk seperti graf, histogram, carta pai dan sebagainya.


    




                                   



Pada minggu ini, satu lagi ilmu baru telah dipelajari iaitu SSPS. 
Sekian, Terima Kasih.

                



Sunday, 4 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelas pada minggu ini iaitu pada 25/10/2012, kelas komputer dalam pendidikan dibatalkan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari raya aidiladha bersama keluarga masing-masing.

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua yang menganut agama Islam.


                 
                           

Thursday, 1 November 2012




Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini, kami semua diminta oleh Puan Fariza untuk ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) bagi menghadiri satu taklimat tentang cara-cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Ini adalah kali kedua saya datang ke PTSL untuk mendengar taklimat tersebut. Sebelum ini saya masih kurang faham tentang cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat kali ini membolehkan saya lebih memahami cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat tersebut menerangkan tentang cara bagaimana hendak mencari sumber di PTSL seperti buku, jurnal, artikel dan bahan bacaan yang lain.


Perpustakaan Tun Sri Lanang

Taklimat tersebut mendedahkan tentang laman sesawang gemilang. Laman ini adalah satu aplikasi yang dicipta oleh PTSL bagi memudahkan pelajar untuk mencari buku secara online di internet. Aplikasi ini juga membolehkan pelajar meminjam buku tanpa perlu ke PTSL.


                                       


Terdapat 2 cara untuk mencari buku yang dikehendaki dengan menggunakan gemilang.

Pertama adalah melalui browse. Browse mudah digunakan bagi pengguna yang sudah ada tajuk buku yang ingin dicari. Hanya perlu menaip tajuk buku dan klik browse, ia akan terus menunjukkan di mana buku itu berada.

Kedua adalah melalui keyword. Keyword boleh digunakan bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku seperti mencari artikel. Pengguna yang tidak tahu tajuk buku yang hendak dicari perlu menaip kata kunci yang hendak dicari. Selepas itu, ia akan menunjukkan senarai buku yang mengandungi kata kunci tersebut. Pengguna hanya perlu memilih buku mana yang dikehendaki, 

Selain itu, kami juga diterangkan tentang cara untuk mencari jurnal dan artikel. Jurnal dan artikel boleh dicari melalui portal e-jurnal. Jurnal dan artikel boleh didapati di pangkalan data adalah dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Antara pangkalan data yang selalu digunakan ialah :-


Setelah selesai taklimat tentang cara penggunaa laman sesawang Gemilang, Puan fariza memberikan kami sedikit tugasan iaitu perlu mencari sebanyak 5 artikel tentang tajuk pembentangan yang telah kami bentangkan pada minggu lepas dan kumpulkan dalam satu folder iaitu 'Bahan Pencarian'. Kemudian upload di YahooGroups masing-masing.

Di samping itu, kami juga diminta oleh Puan Fariza untuk membuat survey melalui surveymonkey untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang tugasan kumpulan iaitu Online Forum. Tugasan ini adalah tugasan tambahan sebelum kami semua pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut hari raya aidiladha.



                  


Bagi mengakhiri penulisan saya pada minggu ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Sekian, Terima Kasih.