Sunday 16 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-12

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk mencari cara-cara bagaimana untuk menghasilkan bahan paparan atau persembahan yang menarik dan berkesan dengan menggunakan CASPER dan GUI.

CASPER

                                 

    

CASPER adalah satu teknik yang digunakan semasa membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat menarik minat orang ramai terhadap penyampaian persembahan atau paparan yang disediakan. CASPER adalah satu perkataan akronim yang menggabungkan perkataan contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

                                              
                                                   


1. CONTRAST ( perbezaan yang ketara )

Kontra digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara dua objek yang berlainan seperti memilih warna yang kontra (warna gelap dan warna terang).

Kontra juga boleh dibuat dengan pelbagai cara lain. Antaranya ialah :-
  • Font besar dan font kecil
  • Font berlainan muka taip
  • Garis halus dan garis kasar
  • Warna sejuk dan warna hangat 
  • Tekstur licin dan tekstur kasar
  • Unsur mendatar dan unsur menegak 
  • Garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  • Grafik kecil dan grafik besar

2. ALIGNMENT ( susunan lurus )

  • Dalam prinsip ini, setiap objek yang hendak diletak perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. 
  • Setiap objek perlu mempunyai kaitan secara visual di antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

3.SIMPILICITY ( mudah )

  • Grafik dan animasi perlu ringkas dan pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
  • Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami

4. PROXIMITY ( berhampiran )

  • Objek yang digunakan perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara objek-objek tersebut.

5, EMPHASIS ( penekanan )

  • Pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang penting. 
  • Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan terlalu banyak elemen sampingan kerana ia boleh menyebabkan pengguna lebih tertarik kepada elemen sampingan tersebut.

6. REPETITION ( pengulangan )

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna dan penonton ialah :-

  • Saiz teks dan objek 
  • Bentuk teks dan objek 
  • Susun atur teks dan objek 
  • Warna teks, warna objek dan warna latar
  • Grafik dan animasi


GUI

                  

GUI (Graphical User Interface) merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.

               

Kelebihan GUI
  • Reka bentuk grafik yang lebih menarik
  • membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
  • memudahkan pengguna
  • menarik minat pengguna
  • resolusi gambar yang tinggi
  • memahirkan pengguna dengan cepat
  • menjimatkan masa
  • mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi 
Kekurangan GUI
  • menggunakan memori yang besar
  • bergantung kepada peranti keras 
  • memerlukan banyak tempat pada skrin komputer
  • tidak fleksibel

No comments:

Post a Comment