Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1 November 2012, genap 2 bulan saya berada di UKM. Pada minggu ini, pembelajaran saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan ialah tentang sistem SPSS. SPSS adalah singkatan daripada perkataan Statistical Product and Service solution. SSPS dicipta pada tahun 1998. SSPS adalah satu pakej yang memudahkan pengguna untuk menganalisa sesuatu kaji selidik secara automatik. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan output seperti carta pai, graf,histogram dan sebagainya. Oleh itu, SSPS dapat menjimatkan banyak masa pengguna.
Saya dan rakan-rakan yang lain telah melakukan soal selidik berkenaan tajuk yang telah diberikan kepada setiap kumpulan dengan menggunakan surveymonkey. Dengan menggunakan data yang telah dianalisis oleh sistem survey monkey, Saya telah memperincikan lagi data yang telah diperoleh tersebut dengan menggunakan aplikasi SPSS. Terdapat 4 komponen aplikasi Windows semasa menggunakan aplikasi SPSS ini:-
- Data Editor
- Output Viewer
- Syntax Editor
- Script Editor
Cara-cara Menggunakan SPSS
Variable view adalah satu lembaran untuk kita membina satu kerangka data berdasarkan soalan kaji selidik kita. Ia mempunyai 6 ruang di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat.
- Untuk membuka software SSPS, tekan 'start' dan klik pada 'all program'. Seterusnya klik SPSS Inc dan klik SPSS 16.0 dan klik 16.0 sekali lagi.
- SSPS menyediakan 2 lembaran window iaitu 'data view' dan 'variable view'
DATA VIEW
Data view adalah satu jadual yang disediakan untuk kita memasukkan data kedalamnya.
VARIABLE VIEW
Variable view adalah satu lembaran untuk kita membina satu kerangka data berdasarkan soalan kaji selidik kita. Ia mempunyai 6 ruang di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat.
- Name
- Type
- Width
- Decimal
- Label
- Value
Setelah selesai mengisi data ke dalam data view, paparan keseluruhan tentang data dapat dilihat. Segala maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik. Kita boleh melihat data ini dalam pelbagai bentuk. Dengan menggunakan menu analyze yang terdapat pada toolbar,anda boleh memilih untuk mempersembahkan data anda itu dalam pelbagai bentuk seperti graf, histogram, carta pai dan sebagainya.
Pada minggu ini, satu lagi ilmu baru telah dipelajari iaitu SSPS.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment