Sunday 8 December 2013

Kesan Rasuah Dalam Sukan

Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding.

Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin dalam sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an. Penganjur akan kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengan seolah0olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.

Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak.

Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan.

Kesan Rasuah dan Perjudian

  • Mencemarkan imej sukan negara
  • Mutu sukan merosot
  • Kepercayaan peminat sukan terjejas
  • Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara. Kesan kepada individu ialah seperti berikut:

1-     Hilang kerjaya
2-     Jatuh moral dan maruah
3-     Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4-     Hancur keharmonian rumah tangga
5-     Keluarga terabai

Kesan kepada masyarakat pula:

1-     Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang   tertentu
2-     Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3-     Memburukkan lagi taraf kemiskinan

Kesan kepada negara:
1-     Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2-     Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3-     Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4-     Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5-     Mengurangkan pendapatan negara
6-     Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan

No comments:

Post a Comment