Friday, 9 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-9

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ke-9 iaitu minggu terakhir sebelum kami semua pulang untuk cuti semesta, kami telah didedahkan tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Pada minggu lepas, kami didedahkan dengan kaedah kuantitatif. Kedua-dua kaedah ini adalah berbeza.

Data kuantitatif adalah data dalam bentuk angka ataupun peratusan. Data kualitatif pula adalah data dalam bentuk penulisan ataupun ayat. Ia tidak melibatkan angka ataupun peratusan. Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.


Contoh Data Kualitatif


  • Data temubual
  • Data Observasi (pemerhatian)
  • Data Bertulis
  • Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian

Prinsip Menganalisis Data kualitatif

  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Sumber Utama Dalam Coding

  • Analisis isi kandungan 
  • Sorotan literature (hasil kajian lepas)
  • Tema yang sudah termasuk dalam soalan

Proses Menganalisis Data Kualitatif

  1. Baca data secara menyeluruh
  2. Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan
  3. Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar
  4. Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang tertinggal
  5. Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok
RAJAH POKOK

Akhir sekali masukkan semua perkara yang dibuat pada hari ini ke dalam dropbox dan yahoogroup.
Akhir kata,selamat bercuti kepada semua kawan-kawan dan selamat kembali ke UKM pada minggu hadapan. Semoga kawan-kawan dapat menikmati cuti semua dengan sepenuhnya.
Sekian, Terima Kasih.

                       
                                     

Wednesday, 7 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1 November 2012, genap 2 bulan saya berada di UKM. Pada minggu ini, pembelajaran saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan ialah tentang sistem SPSS. SPSS adalah singkatan daripada perkataan Statistical Product and Service solution. SSPS dicipta pada tahun 1998. SSPS adalah satu pakej yang memudahkan pengguna untuk menganalisa sesuatu kaji selidik secara automatik. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan output seperti carta pai, graf,histogram dan sebagainya. Oleh itu, SSPS dapat menjimatkan banyak masa pengguna.


                                                     


Saya dan rakan-rakan yang lain telah melakukan soal selidik berkenaan tajuk yang telah diberikan kepada setiap kumpulan dengan menggunakan surveymonkey. Dengan menggunakan data yang telah dianalisis oleh sistem survey monkey, Saya telah memperincikan lagi data yang telah diperoleh tersebut dengan menggunakan aplikasi SPSS. Terdapat 4 komponen aplikasi Windows semasa menggunakan aplikasi SPSS ini:-

  1. Data Editor
  2. Output Viewer
  3. Syntax Editor
  4. Script Editor

Cara-cara Menggunakan SPSS



  • Untuk membuka software SSPS, tekan 'start' dan klik pada 'all program'. Seterusnya klik SPSS Inc dan klik SPSS 16.0 dan klik 16.0 sekali lagi.






  • SSPS menyediakan 2 lembaran window iaitu 'data view' dan 'variable view'
                  
DATA VIEW

                               


Data view adalah satu jadual yang disediakan untuk kita memasukkan data kedalamnya.



VARIABLE VIEW

                                


Variable view adalah satu lembaran untuk kita membina satu kerangka data berdasarkan soalan kaji selidik kita. Ia mempunyai 6 ruang di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat.

  1. Name
  2. Type
  3. Width
  4. Decimal
  5. Label
  6. Value

Setelah selesai mengisi  data ke dalam data view, paparan keseluruhan tentang data dapat dilihat. Segala maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik. Kita boleh melihat data ini dalam pelbagai bentuk. Dengan menggunakan menu analyze yang terdapat pada toolbar,anda boleh memilih untuk mempersembahkan data anda itu dalam pelbagai bentuk seperti graf, histogram, carta pai dan sebagainya.


    




                                   



Pada minggu ini, satu lagi ilmu baru telah dipelajari iaitu SSPS. 
Sekian, Terima Kasih.

                



Sunday, 4 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelas pada minggu ini iaitu pada 25/10/2012, kelas komputer dalam pendidikan dibatalkan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari raya aidiladha bersama keluarga masing-masing.

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua yang menganut agama Islam.


                 
                           

Thursday, 1 November 2012




Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ini, kami semua diminta oleh Puan Fariza untuk ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) bagi menghadiri satu taklimat tentang cara-cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Ini adalah kali kedua saya datang ke PTSL untuk mendengar taklimat tersebut. Sebelum ini saya masih kurang faham tentang cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat kali ini membolehkan saya lebih memahami cara untuk menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat tersebut menerangkan tentang cara bagaimana hendak mencari sumber di PTSL seperti buku, jurnal, artikel dan bahan bacaan yang lain.


Perpustakaan Tun Sri Lanang

Taklimat tersebut mendedahkan tentang laman sesawang gemilang. Laman ini adalah satu aplikasi yang dicipta oleh PTSL bagi memudahkan pelajar untuk mencari buku secara online di internet. Aplikasi ini juga membolehkan pelajar meminjam buku tanpa perlu ke PTSL.


                                       


Terdapat 2 cara untuk mencari buku yang dikehendaki dengan menggunakan gemilang.

Pertama adalah melalui browse. Browse mudah digunakan bagi pengguna yang sudah ada tajuk buku yang ingin dicari. Hanya perlu menaip tajuk buku dan klik browse, ia akan terus menunjukkan di mana buku itu berada.

Kedua adalah melalui keyword. Keyword boleh digunakan bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku seperti mencari artikel. Pengguna yang tidak tahu tajuk buku yang hendak dicari perlu menaip kata kunci yang hendak dicari. Selepas itu, ia akan menunjukkan senarai buku yang mengandungi kata kunci tersebut. Pengguna hanya perlu memilih buku mana yang dikehendaki, 

Selain itu, kami juga diterangkan tentang cara untuk mencari jurnal dan artikel. Jurnal dan artikel boleh dicari melalui portal e-jurnal. Jurnal dan artikel boleh didapati di pangkalan data adalah dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Antara pangkalan data yang selalu digunakan ialah :-


Setelah selesai taklimat tentang cara penggunaa laman sesawang Gemilang, Puan fariza memberikan kami sedikit tugasan iaitu perlu mencari sebanyak 5 artikel tentang tajuk pembentangan yang telah kami bentangkan pada minggu lepas dan kumpulkan dalam satu folder iaitu 'Bahan Pencarian'. Kemudian upload di YahooGroups masing-masing.

Di samping itu, kami juga diminta oleh Puan Fariza untuk membuat survey melalui surveymonkey untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang tugasan kumpulan iaitu Online Forum. Tugasan ini adalah tugasan tambahan sebelum kami semua pulang ke rumah masing-masing untuk menyambut hari raya aidiladha.



                  


Bagi mengakhiri penulisan saya pada minggu ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

Sekian, Terima Kasih.





Friday, 19 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ke-5 ini, kami semua diminta untuk membuat satu pembentangan tentang tajuk yang diberikan oleh Puan fariza kepada setiap kumpulan pada minggu ke-4. Pembentangan ini perlulah menggunakan power point.





Setiap kumpulan ditugaskan untuk membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh Puan Fariza.

Antara tajuk tugasan yang perlu dibentangkan ialah:

>21st Century Skills
>Thinking Skills and ICT
>Internet and Computer Secyrity (Virus, Spam,Phishing) & Operating System
>Original and Licensed Software
>Open Sourse software>Web 2.0 in Education
>E-Learning & Mobile Learning
>Online Forum

Tajuk yang diberikan kepada kumpulan saya ialah ONLINE FORUM


ONLINE FORUM

Mungkin sesetengah orang belum kenal apa itu online forum, tapi ada juga yang tahu, namun tidak mengambil peluang yang terbuka ini. Ini kerana melalui online forum,pelbagai jenis forum yang dapat kita bina untuk berkonsi idea dengan orang ramai, malah kita juga boleh menjadikan online forum sebagai tempat untuk kita membuat duit. Contohnya, jika kita seorang peniaga barangan kereta, maka kita boleh membuka satu forum untuk urusan jual beli barangan tersebut.

Definisi Online Forum

  • Online forum bermaksud bilik sembang atau forum internet
  • Online forum atau forum dalam talian adalah satu perbincangan yang berasaskan internet yang memberikan pengguna peluang untuk pertukaran pendapat tentang kepentingan topik.
  • Forum dalam talian adalah dilindungi oleh kata laluan supaya pengguna perlu mendaftar dengan nama pengguna dan kata laluan sebelum menyertainya
  • Dalam sesebuah forum, pengguna boleh membaca forum yang sedia ada (mesej asal) atau komen-komen daripada pengguna (mesej asal serta semua komen-komen awal).
  • Pengguna juga boleh mengulas mengenai idea mereka mengikut kehendak mereka sendiri.

Bagaimana Untuk Membina Sebuah Forum?

Ini adalah contoh untuk membuat laman forum percuma:




Selepas masuk link di atas, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu maklumat pendaftaran seperti perkara berikut :-

  • First Name
  • Last Name
  • Email
Selepas selesai langkah ini,anda secara automatik menjadi ahli forum.

Kelebihan Online Forum

  • Ianya sesuai untuk pelbagai tempat dan masa
  • Forum lebih adil terutama kepada pelajar yang pendiam dan kurang bercakap
  • Lebih ramai pelajar akan menyertai perbincangan
  • Sesiapa yang tertinggal tentang perboncangan tersebut boleh membaca kembali mesej yang telah ditulis
  • Pelajar yang berfikiran reflektif akan lebih berminat untuk menyertai perbincangan
  • Kaedah asynchronous akan membenarkan respon pada bila-bila masa
  • Guru tidak lagi sebagai pengajar tetapi sebagai orang tengah
  • Ia membenarkan perbincangan di antara pelajar dengan kumpulan dari kelas yang berlainan
  • Lebih terbuka dan bebas dalam memberikan pendapat sendiri dan memberi komen tentang komen ahli yang lain
  • Boleh memilih tajuk yang disukai untuk berbincang dan setiap orang boleh menghantar pelbagai tajuk dalam forum berkenaan untuk dibincangkan


Kelemahan Online Forum

  • Mewujudkan satu forum yang berjaya meletihkan kerana forum induk perlu mengemukakan semua topik untuk perbincangan secara berterusan selama berbulan-bulan dan topik perlu menarik supaya orang ramai suka mengulas
  • Pentadbir boleh mengedit siaran orang dan mereka boleh mengharamkan orang untuk kemukakan pandangan jika seseorang memberikan beberapa idea yang tidak selesa bagi pentadbir walaupun idea tersebut mungkin berguna kepada orang lain
  • Forum mungkin gagal dengan tiba-tiba jika salah satu penyumbang idea berhenti menyumbang. Ini membuatkan forum 'mati' kerana seseorang tidak mendapat jawapan yang ditanya
  • Mana-mana orang secara rawak boleh datang ke forum dan spam forum tersebut. Ini membuatkan forum kurang menarik, sekali gus kehilangan ramai ahli dan pelawat
Setakat ini sahaja perkongsian saya pada minggu kelima ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Sekian. Terima kasih


Thursday, 18 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 4 minggu saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sungguh cepat masa berlalu. Saya masih lagi tercari-cari suasana belajar di UKM. Namun,sesi pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa. Penulisan blog saya pada kali ini ialah tentang apa yang dipelajari dalam kelas komputer dalam pendidikan pada minggu ke-4. Pada minggu ini saya didedahkan dengan mengenai Web 2.0. Adakah anda mengetahui apa itu Web 2.0?.Tentu ada segelintir daripada anda yang mengetahui apa itu Web 2.0 dan mungkin ada yang tidak tahu apa itu Web 2.0. Saya sendiri pun tidak tahu apa itu Web 2.0, malah tidak pernah mendengar perkataan ini sebelum ini. Dengan penjelasan yang diberikan oleh Puan Fariza,barulah saya tahu apa itu Web 2.0.

Apakah yang dimaksudkan dengan Web 2.0???...

Web 2.0 adalah merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web 2 hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata.

Siapakah yang mewujudkan Web 2.0???..

Ia diperkenalkan dalam O'Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Pemahaman konsep serta takrifan terhadap Web 2.0 masih kabur pada asalnya. Dua pakar komputer iaitu O'Reilly dan John Battelle
telah memberi satu rumusan khusus terhadap Web 2.0 kepada umum.


Contoh bagi Web 2.0 ialah:

-Blog
-Facebook
-Youtube
-Google
-Yahoo
-Skype






Ciri-ciri Web 2.0

>Membolehkan pengguna untuk melakukan lebih daripada sekadar mencari maklumat
>Mencari maklumat melalui kata kunci
>Web sebagai platform
>Gabungan maklumat dan pengetahuan
>Kekuatan data
>Kitaran kemaskini perisian
>Model aturcara yang mudah
>Integrasi perisian melalui pelbagai alat
>Rich user experiences

Thursday, 11 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ke-3,pensyarah kami iaitu Puan Fariza tidak dapat hadir ke kelas kerana beliau mempunyai urusan di Brunei.Kelas beliau digantikan oleh Dr Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Dr siti iaitu penyelaras bagi subjek ini.Dr Siti telah hadir ke kelas untuk menerangkan satu lagi aplikasi yang terdapat di dalam ict iaitu Dropbox.Dropbox ialah satu servis menyimpan fail secara online yang berasaskan cloud storage.Ia membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain melalui internet.Peranannya sama seperti "pendrive" tetapi yang membezakannya ialah dropbox digunakan di alam maya yang memerlukan kita untuk mengakses internet manakala pendrive boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan boleh digunakan tanpa perlu mengakses internet.Aplikasi dropbox boleh menyimpan data dan maklumat dengan selamat tanpa serangan virus dan akan kekal sampai bila-bila.Ia dapat mengelakkan kehilangan dan kecurian data.Aplikasi ini tidak tertumpu kepada data sahaja,gambar dan video juga boleh disimpan di sini.

Di sini saya sertakan cara-cara untuk menggunakan dropbox:

1)Daftar akaun dropbox dandownload aplikasi dropbox.Kemudian "install" ke dalam komputer anda.
2)Pilih directory dalam komputer untuk dijadikan folder dropbox semasa proses installation.
3)Login ke akaun dropbox untuk menggunakan aplikasi dropbox

Perkara yang kedua dipelajari pada minggu ke-3 ialah Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Dr Siti menyuruh kami mencari maklumat tentang Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) di dalam internet.

Apa yang dimaksudkan dengan Learning Management System (LMS)?


LMS atau Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah sebuah sistem untuk pentadbiran, pendokumentasian, pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan, kelas pembelajaran dan program e-learning. 

Sesebuah LMS hendaklah mempunyai 3 ciri-ciri ini:

  • Pengawalan pentadbiran organisasi pendidikan tersebut.
  • Keupayaan pengguna terhadap sistem bagi memberi manfaat dari segi pendidikan atau informasi.
  • Memberi input dan informasi kepada pengguna secara lancar .

Pada kebiasaannya, pihak pentadbiran seperti pusat pengajian tinggi akan menggunakan sistem ini untuk penggunaan oleh para pelajar dalam sesi pembelajaran secara kendiri. Ia menyediakan
senarai kursus yang ditawarkan dan membolehkan pelajar mendaftar kursus-kursus tersebut tanpa perlu ke pejabat.
Di Universiti Kebangsaan Malaysia,sistem yang digunakan ialah sistem SMPWEB






Apakah kepentingan LMS?

1)Memudahkan pentadbir untuk mengurus pembelajaran kendiri seperti kelas, pendaftaran,senarai kursus dan pengajar

2)LMS memudahkan pembelajaran kerana boleh digunakan untuk membina dan menguruskan program e-learning

3)Tiada lagi hanya satu sistem untuk jabatan pembelajaran. Kini, LMS sering digunakan oleh organisasi

4)Membolehkan pelajar mendapat maklumat yang sama dan tepat melalui satu sistem.

Agak lama untuk memahami LMS dan CMS,Agak lama juga untuk membezakan LMS dan CMS.Tetapi akhirnya saya dapat membezakan LMS dan CMS melalui contoh terdekat yang terdapat di UKM yang digunakan setiap hari oleh para pelajar iaitu SMPWEB dan iFolio.SMPWEB adalah LMS dan iFolio adalah CMS.

Apakah yang dimaksudkan dengan Course Management System (CMS)?

CMS atau sistem Pengurusan Kursus adalah satu set alat yang membolehkan pengajar untuk mencipta kandyngan kursus dalam talian dan hantar di web.

Apakah fungsi CMS?

1)CMS membolehkan tenaga pengajar meletakkan bahan-bahan kursus dalam talian. Kebiasaannya tenaga pengajar akan meletakkan bahan-bahan seperti:


  • sukatan pelajaran kursus

  • jadual kursus        

  • dan bahan-bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran tertentu seperti
    • salinan bacaan  
    • dan slide powerpoint dari kuliah.

      2)Ia juga sebagai membolehkan pengajar untuk memberi kuiz dan ujian dalam talian.


      3)Alat komunikasi  yang membolehkan pengajar menghantar pengumuman untuk kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar.

      Contoh CMS yang paling dekat dengan pelajar UKM ialah iFolio





f     Selepas mempelajari apa itu LMS dan CMS,Dr Siti memberikan tugasan berkumpulan kepada kami.Satu kumpulan diwakili oleh 2 orang pelajar.Tugasan ini adalah tugasan pada minggu ke-4.Puan Fariza akan membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini.Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.Kumpulan saya diberi tajuk "online forum".Kami perlu mencari maklumat tentang tajuk ini dan diminta untuk membentangkan tajuk ini pada minggu ke-5.

p    Pembelajaran pada minggu ini membolehkan saya mengenal 3 perkara baru yang tidak diketahui oleh saya sebelum ini iaitu Dropbox,LMS dan CMS.