Monday, 24 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini adalah minggu terakhir pembelajaran komputer dalam pendidikan bagi semester yang pertama ini. Pelbagai input dan ilmu baru yang telah saya perolehi daripada kelas ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fariza Binti Khalid kerana telah banyak membantu dan membimbing kami sepanjang tempoh pembelajaran yang berlangsung pada semester ini.

Pada minggu ini, kami telah didedahkan tentang penggunaan Microsoft Excel. Kami mempelajari cara-cara untuk memasukkan markah pelajar dan mengira markah-markah tersebut dengan mudah dan cepat melalui penggunaan Microsoft Excel.

                         
                          


Sebelum memasukkan data markah pelajar, kami perlu membuat senarai nama pelajar dan subjek yang diambil oleh pelajar. Kemudian, memasukkan markah setiap pelajar ke dalam kotak lajur yang telah disediakan mengikut subjek yang diambil.



Contoh Kotak Yang Disediakan Dalam Microsoft Excel


Microsoft Excel merupakan software yang berbentuk kotak yang digunakan untuk membuat senarai markah pelajar, penyata kewangan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis fungsi menu yang terdapat dalam software ini. Antaranya ialah penggunaan menu Function yang dapat membantu dalam pengiraan dengan cepat. Menu formula pula disediakan untuk memudahkan pengguna membuat pengiraan menggunakan pelbagai formula di dalam matematik tanpa perlu menggunakan kalkulator.


                             





Selain itu, pengiraan markah atau data dapat dipersembahkan dalam bentuk carta, graf dan sebagainya. Ini adalah contoh data yang dipersembahkan oleh saya.





Tugasan ini memerlukan kami untuk mengaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Antaranya ialah :-
  • Sum - Jumlah
  • Max - Markah Tertinggi
  • Min - Markah Terendah
  • Average - Purata
  • STDev - Sisihan Piawai
  • Median - Titik Tengah
  • Mode - Mod
  • Countif - Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
  • VLookup - Untuk menentukan gred

Penggunaan formula ini dapat membantu para guru semasa memasukkan data keputusan pelajar setiap kali selepas peperiksaan. Ianya lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.

Tugasan yang terakhir ialah kami perlu membuat satu penyata kewangan peribadi dengan menggunakan Microsoft Excel.

Monday, 17 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-13

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini saya dan ahli kumpulan saya perlu membuat satu slideshow dengan menggunakan Microsoft Power Point dan menyediakan sekurang-kurangnya empat soalan objektif berdasarkan tajuk yang telah diberikan dahulu. Tajuk kumpulan kami ialah Online Forum. Kami perlu mencipta empat soalan melalui tajuk tersebut. Empat soalan tersebut perlu dimasukkan ke dalam slideshow yang telah sedia ada sebelum ini.


                                


Semasa pembikinan slideshow tersebut, kami perlu menerapkan unsur-unsur seperti grafik, video, audio dan menggunakan teknik yang berkesan untuk menjadikan slideshow tersebut kelihatan menarik dan kreatif.

Kami menggunakan kaedah hyperlink  kepada sesuatu perkataan untuk memudahkan para pengguna terus ke page yang mereka inginkan. Hal ini memudahkan pengguna untuk menjawab soalan yang disediakan dan tidak perlu menekan page yang sama berulang kali, sekaligus dapat menjmatkan masa dan menarik perhatian pengguna untuk menjawab soalan.

Sebagai contoh, semasa pengguna menjawab soalan yang diberi, pengguna hanya perlu klik pada pilihan jawapan yang telah disediakan. Jika jawapan yang dipilih adalah betul, maka akan keluar satu slide yang menyatakan 'TAHNIAH, JAWAPAN ANDA TEPAT' dan jika jawapan pengguna adalah salah, maka akan keluar satu slide yang menyatakan 'MAAF, SILA CUBA LAGI'.

Apa Itu Hyperlink??..

Hyperlink adalah bahagian Web page yang menghubungkan anda ke file yang lain. Ia menyediakan seamless link (hubungan) ke file-file pada komputer, Biasanya dikenali sebagai link. Menklik hyperlink bererti membrowse WWW dan mengunjungi berbagai lokasi . Hyperlink adalah sebuah acuan dalam mengaitkan satu dokumen dengan satu dokumen yang lain (hypertext). 

Langkah-Langkah Untuk Meletakkan Link Pada Perkataan


  1. highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin linkkan kepada muka surat lain
  2. Klik 'insert'
  3. klik 'hyperlink'
  4. klik 'place in this document'
  5. klik pada muka surat yang kita ingin linkkan
  6. klik 'ok'

Setelah selesai melakukan semua tugasan yang diberikan. Seperti biasa, Puan Fariza akan meminta kami memasukkan tugasan tersebut ke dalam dropbox dan yahoo groups.


Sunday, 16 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-12

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk mencari cara-cara bagaimana untuk menghasilkan bahan paparan atau persembahan yang menarik dan berkesan dengan menggunakan CASPER dan GUI.

CASPER

                                 

    

CASPER adalah satu teknik yang digunakan semasa membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat menarik minat orang ramai terhadap penyampaian persembahan atau paparan yang disediakan. CASPER adalah satu perkataan akronim yang menggabungkan perkataan contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

                                              
                                                   


1. CONTRAST ( perbezaan yang ketara )

Kontra digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara dua objek yang berlainan seperti memilih warna yang kontra (warna gelap dan warna terang).

Kontra juga boleh dibuat dengan pelbagai cara lain. Antaranya ialah :-
  • Font besar dan font kecil
  • Font berlainan muka taip
  • Garis halus dan garis kasar
  • Warna sejuk dan warna hangat 
  • Tekstur licin dan tekstur kasar
  • Unsur mendatar dan unsur menegak 
  • Garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  • Grafik kecil dan grafik besar

2. ALIGNMENT ( susunan lurus )

  • Dalam prinsip ini, setiap objek yang hendak diletak perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. 
  • Setiap objek perlu mempunyai kaitan secara visual di antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

3.SIMPILICITY ( mudah )

  • Grafik dan animasi perlu ringkas dan pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
  • Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami

4. PROXIMITY ( berhampiran )

  • Objek yang digunakan perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara objek-objek tersebut.

5, EMPHASIS ( penekanan )

  • Pembangunan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang penting. 
  • Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan terlalu banyak elemen sampingan kerana ia boleh menyebabkan pengguna lebih tertarik kepada elemen sampingan tersebut.

6. REPETITION ( pengulangan )

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna dan penonton ialah :-

  • Saiz teks dan objek 
  • Bentuk teks dan objek 
  • Susun atur teks dan objek 
  • Warna teks, warna objek dan warna latar
  • Grafik dan animasi


GUI

                  

GUI (Graphical User Interface) merupakan program yang menggunakan elemen grafik seperti ikon untuk mewakili maklumat, arahan, fail dan juga program tertentu yang lain. Ianya menggunakan grafik yang menarik untuk menggantikan penggunaan yang berbentuk teks. Pengguna boleh mengawal segala aspek perkakasn dan perisian komputer dengan hanya menggerakkan dan memanipulasi objek atau ikon grafik yang dipaparkan pada skrin Contoh sisitem yang menggunakan GUI ialah Microsoft Windows.

               

Kelebihan GUI
  • Reka bentuk grafik yang lebih menarik
  • membolehkan pengguna untuk berinterksi dengan komputer secara lebih baik
  • memudahkan pengguna
  • menarik minat pengguna
  • resolusi gambar yang tinggi
  • memahirkan pengguna dengan cepat
  • menjimatkan masa
  • mempelbagaikan cara untuk pengguna menggunakan aplikasi 
Kekurangan GUI
  • menggunakan memori yang besar
  • bergantung kepada peranti keras 
  • memerlukan banyak tempat pada skrin komputer
  • tidak fleksibel

Tuesday, 4 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ke-11 ini, kelas kami bermula lewat sedikit kerana Puan Fariza mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Puan Fariza telah menugaskan kami untuk menyediakan satu brochure yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan masing-masing dengan menggunakan Microsoft Publisher.

Brochure adalah risalah atau cebisan pengiklanan yang lebih dikenali sebagai pamphlet. Pada kebiasaannya, brochure digunakan oleh syarikat atau organisasi untuk mempromosikan syarikat dan perkhidmatan yang disediakan. Brochure boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan ianya percuma. Pengguna hanya perlu membuka Microsoft Publisher, kemudian memilih corak dan bentuk yang diinginkan. Cara penyediaanya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.


Ini adalah contoh brochure yang telah dihasilkan oleh saya :-






Cara-Cara Untuk Menghasilkan Brochure


Masuk ke Microsoft Publisher dan Brochure

                     
                              



                              



Kemudian pilih design yang diinginkan mengikut kehendak masing-masing


                              

Selepas memilih design yang diinginkan, masukkan maklumat-maklumat penting di dalam brochure mengikut kreativiti masing-masing supaya ia kelihatan menarik. Anda juga boleh memilih bilangan muka surat yang diinginkan. Untuk menampakkan brochure anda lebih kelihatan menarik, anda boleh menukar warna brochure anda kepada warna yang lebih menarik. Banyak pilihan warna yang disediakan dalam aplikasi brochure ini.

Ini adalah contoh pilihan warna yang disediakan :-

                                             

Anda juga boleh menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan brochure jika anda tidak berminat menggunakan Microsoft Publisher. Namun, kebanyakan orang akan menggunakan Microsoft Publisher kerana ianya lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Selamat Mencuba...