Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu ke-5 ini, kami semua diminta untuk membuat satu pembentangan tentang tajuk yang diberikan oleh Puan fariza kepada setiap kumpulan pada minggu ke-4. Pembentangan ini perlulah menggunakan power point.
Setiap kumpulan ditugaskan untuk membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh Puan Fariza.
Antara tajuk tugasan yang perlu dibentangkan ialah:
>21st Century Skills
>Thinking Skills and ICT
>Internet and Computer Secyrity (Virus, Spam,Phishing) & Operating System
>Original and Licensed Software
>Open Sourse software>Web 2.0 in Education
>E-Learning & Mobile Learning
>Online Forum
Tajuk yang diberikan kepada kumpulan saya ialah ONLINE FORUM
ONLINE FORUM
Mungkin sesetengah orang belum kenal apa itu online forum, tapi ada juga yang tahu, namun tidak mengambil peluang yang terbuka ini. Ini kerana melalui online forum,pelbagai jenis forum yang dapat kita bina untuk berkonsi idea dengan orang ramai, malah kita juga boleh menjadikan online forum sebagai tempat untuk kita membuat duit. Contohnya, jika kita seorang peniaga barangan kereta, maka kita boleh membuka satu forum untuk urusan jual beli barangan tersebut.
Definisi Online Forum
- Online forum bermaksud bilik sembang atau forum internet
- Online forum atau forum dalam talian adalah satu perbincangan yang berasaskan internet yang memberikan pengguna peluang untuk pertukaran pendapat tentang kepentingan topik.
- Forum dalam talian adalah dilindungi oleh kata laluan supaya pengguna perlu mendaftar dengan nama pengguna dan kata laluan sebelum menyertainya
- Dalam sesebuah forum, pengguna boleh membaca forum yang sedia ada (mesej asal) atau komen-komen daripada pengguna (mesej asal serta semua komen-komen awal).
- Pengguna juga boleh mengulas mengenai idea mereka mengikut kehendak mereka sendiri.
Bagaimana Untuk Membina Sebuah Forum?
Ini adalah contoh untuk membuat laman forum percuma:
Selepas masuk link di atas, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu maklumat pendaftaran seperti perkara berikut :-
- First Name
- Last Name
Selepas selesai langkah ini,anda secara automatik menjadi ahli forum.
Kelebihan Online Forum
- Ianya sesuai untuk pelbagai tempat dan masa
- Forum lebih adil terutama kepada pelajar yang pendiam dan kurang bercakap
- Lebih ramai pelajar akan menyertai perbincangan
- Sesiapa yang tertinggal tentang perboncangan tersebut boleh membaca kembali mesej yang telah ditulis
- Pelajar yang berfikiran reflektif akan lebih berminat untuk menyertai perbincangan
- Kaedah asynchronous akan membenarkan respon pada bila-bila masa
- Guru tidak lagi sebagai pengajar tetapi sebagai orang tengah
- Ia membenarkan perbincangan di antara pelajar dengan kumpulan dari kelas yang berlainan
- Lebih terbuka dan bebas dalam memberikan pendapat sendiri dan memberi komen tentang komen ahli yang lain
- Boleh memilih tajuk yang disukai untuk berbincang dan setiap orang boleh menghantar pelbagai tajuk dalam forum berkenaan untuk dibincangkan
Kelemahan Online Forum
- Mewujudkan satu forum yang berjaya meletihkan kerana forum induk perlu mengemukakan semua topik untuk perbincangan secara berterusan selama berbulan-bulan dan topik perlu menarik supaya orang ramai suka mengulas
- Pentadbir boleh mengedit siaran orang dan mereka boleh mengharamkan orang untuk kemukakan pandangan jika seseorang memberikan beberapa idea yang tidak selesa bagi pentadbir walaupun idea tersebut mungkin berguna kepada orang lain
- Forum mungkin gagal dengan tiba-tiba jika salah satu penyumbang idea berhenti menyumbang. Ini membuatkan forum 'mati' kerana seseorang tidak mendapat jawapan yang ditanya
- Mana-mana orang secara rawak boleh datang ke forum dan spam forum tersebut. Ini membuatkan forum kurang menarik, sekali gus kehilangan ramai ahli dan pelawat
Setakat ini sahaja perkongsian saya pada minggu kelima ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Sekian. Terima kasih