Wednesday 19 September 2012

Refleksi Pembelajaran Kelas Komputer Minggu 1 Dan 2

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia.

Pada minggu pertama situasi kelas agak kelam kabut kerana para pelajar masih dalam proses menyesuaikan diri.Walaupun dalam keadaan kelam kabut,para pelajar tetap bersemangat untuk memulakan pelajaran di universiti.Pembelajaran kelas komputer pada minggu pertama agak memeningkan kerana saya di ajar beberapa aplikasi baru yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini.Namun,saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat.Saya disuruh membuat email yang baru menggunakan nama penuh untuk kegunaan rasmi.Saya juga disuruh membuat yahoogroups yang tidak diketahui oleh saya sebelum ini.Wajah kebingungan terpancar pada wajah saya dan semua pelajar yang baru menganali aplikasi ini.Namun,ada juga yang kelihatan tenang untuk melakukannya kerana sudah biasa dengan aplikasi ini.Pensyarah saya iaitu Puan Fariza kelihatan agak sibuk untuk melayan karenah setiap pelajar yang masih baru dalam bidang ini.Namun,semua masalah pelajar dapat diatasi dengan tenang oleh Puan fariza sehingga semua pelajar mahir tentang aplikasi ini.

Pada minggu kedua,kumpulan saya diberikan tugas untuk membuat group facebook dan blog.Sebelum ini saya pernah mendengar perkataan blog dan membaca blog.Tidak terdetik pun di dalam hati saya untuk membuat blog sebelum ini.Namun,pada minggu kedua,saya dikehendaki untuk membuat blog.Saya tertanya-tanya macam mana untuk membuat blog dan menulis blog kerana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.Saya berunntung kerana mendapat seorang pensyarah yang peramah,periang dan suka bergurau,Ini membuatkan saya selesa semasa berada di dalam kelas komputer ini.Saya tidak segan untuk bertanya kepadanya macam mana cara untuk membuat blog.Dia mengajar saya cara-cara untuk membuat blog sehingga saya mahir.Walaupun saya banyak bertanya kepadanya,dia tidak pernah menunjukkan reaksi yang dia bosan.Sebaliknya dia memahami situasi pelajar baru seperti saya dengan menunjukkan reaksi muka yang ceria.Ini membuatkan saya tidak bosan bila berada di dalam kelas komputer dan semakin bersemangat untuk mempelajari aplikasi lain.Akhirnya tugasan pada minggu kedua dapat diselesaikan.Semoga minggu hadapan saya dapat mempelajari sesuatu yang lebih menarik.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment