Sunday 8 December 2013

Kesan Rasuah Dalam Sukan

Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding.

Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin dalam sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an. Penganjur akan kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengan seolah0olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.

Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak.

Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan.

Kesan Rasuah dan Perjudian

  • Mencemarkan imej sukan negara
  • Mutu sukan merosot
  • Kepercayaan peminat sukan terjejas
  • Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara. Kesan kepada individu ialah seperti berikut:

1-     Hilang kerjaya
2-     Jatuh moral dan maruah
3-     Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4-     Hancur keharmonian rumah tangga
5-     Keluarga terabai

Kesan kepada masyarakat pula:

1-     Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang   tertentu
2-     Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3-     Memburukkan lagi taraf kemiskinan

Kesan kepada negara:
1-     Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2-     Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3-     Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4-     Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5-     Mengurangkan pendapatan negara
6-     Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
Langkah-langkah Pencegahan Rasuah Dalam Sukan


Dalam dunia moden ini kita sering merngejar masa dan bersikap materialistik. Kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik. Kebanyakan atlet sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin.

1.    Kerajaan
Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita.

2.  FAM & Kementeria Belia dan Sukan
Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini. FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukan bolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ). Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam kehidupan kita.

3.  Pendidik atau guru-guru
Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anak-anak bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Di peringkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan “think-tank” yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.


Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi. Pembasmian gejala rasuah dalam sukan juga sekaligus dapat melahirkan atlet yang bermutu dan sukan yang bersih daripada penipuan.
Faktor Berlakunya Rasuah Dalam Sukan

Kesan daripada rasuah, Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa faktor seperti :

1.    Ketamakan
Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah.

2.  Kelemahan pengurusan dalaman
Persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.

3.  Penyalahgunaan kuasa
Pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.

4.  Kewujudan peluang.

“Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan.
Senario semasa rasuah dalam sukan

Isu rasuah sememangnya telah lama wujud dalam bidang sukan. Melihat senario kini, pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu dalam memperoleh kemenangan segera hasil daripada ketaksuban pihak tersebut terhadap keuntungan. Jalan pintas selalu digunakan iaitu menerusi amalan ‘bookie’ dan aktiviti mengatur perlawanan dengan menjadikan atlet atau pengadil sebagai “watak utama”.

Menurut Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, SPRM memandang serius gejala rasuah dalam bidang sukan dan meminta kerjasama daripada semua pihak bagi menangani masalah tersebut terutamanya dalam arena bolasepak negara. Menurutnya juga, agensi itu telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan mewujudkan Jawatankuasa Integriti bagi memastikan sukan itu bebas daripada gejala rasuah dan meningkatkan integriti dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri ini.


Beliau memberitahu sejak 2009 hingga Julai 2013, sebanyak 12 orang telah ditangkap dan 5 individu dituduh di mahkamah kerana terlibat dalam gejala rasuah bolasepak ini.











Akta Rasuah

KESALAHAN

Meminta atau menerima suapan
Seksyen 16(a) 17(b)
Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Menawar atau memberi suapan
Seksyen 16(b) 17(b)
Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

HUKUMAN
Penjara tidak melebihi 20 tahun &
5 kali ganda nilai suapan atau
Melebihi RM10, 000












Maksud Rasuah Dalam Sukan

Rasuah dalam sukan boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kewangan, kebendaan, atau jawatan untuk mencapai matlamat tertentu. Ramai pihak berpendapat bahawa rasuah berpunca daripada aktiviti perjudian di mana pengurus, pengadil dan atlet-atlet diberi wang supaya mempengaruhi keputusan perlawanan demi kepentingan mereka. Selain itu atlet juga dikatakan menerima rasuah kerana isu bayaran gaji yang selalu tertunggak dan gagal dijelaskan oleh majikan.








Monday 24 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini adalah minggu terakhir pembelajaran komputer dalam pendidikan bagi semester yang pertama ini. Pelbagai input dan ilmu baru yang telah saya perolehi daripada kelas ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fariza Binti Khalid kerana telah banyak membantu dan membimbing kami sepanjang tempoh pembelajaran yang berlangsung pada semester ini.

Pada minggu ini, kami telah didedahkan tentang penggunaan Microsoft Excel. Kami mempelajari cara-cara untuk memasukkan markah pelajar dan mengira markah-markah tersebut dengan mudah dan cepat melalui penggunaan Microsoft Excel.

                         
                          


Sebelum memasukkan data markah pelajar, kami perlu membuat senarai nama pelajar dan subjek yang diambil oleh pelajar. Kemudian, memasukkan markah setiap pelajar ke dalam kotak lajur yang telah disediakan mengikut subjek yang diambil.



Contoh Kotak Yang Disediakan Dalam Microsoft Excel


Microsoft Excel merupakan software yang berbentuk kotak yang digunakan untuk membuat senarai markah pelajar, penyata kewangan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis fungsi menu yang terdapat dalam software ini. Antaranya ialah penggunaan menu Function yang dapat membantu dalam pengiraan dengan cepat. Menu formula pula disediakan untuk memudahkan pengguna membuat pengiraan menggunakan pelbagai formula di dalam matematik tanpa perlu menggunakan kalkulator.


                             





Selain itu, pengiraan markah atau data dapat dipersembahkan dalam bentuk carta, graf dan sebagainya. Ini adalah contoh data yang dipersembahkan oleh saya.





Tugasan ini memerlukan kami untuk mengaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Antaranya ialah :-
  • Sum - Jumlah
  • Max - Markah Tertinggi
  • Min - Markah Terendah
  • Average - Purata
  • STDev - Sisihan Piawai
  • Median - Titik Tengah
  • Mode - Mod
  • Countif - Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
  • VLookup - Untuk menentukan gred

Penggunaan formula ini dapat membantu para guru semasa memasukkan data keputusan pelajar setiap kali selepas peperiksaan. Ianya lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.

Tugasan yang terakhir ialah kami perlu membuat satu penyata kewangan peribadi dengan menggunakan Microsoft Excel.